Showing posts with label itu emosiku. Show all posts
Showing posts with label itu emosiku. Show all posts

AkU, PaK GuArD & KeRoPoK

Semalam, aku pecut laju-laju CLV ( cute litte viva ) aku ni menyusuri NPE..ye lah aku nak cepat sampai kat pantai dalam sebab ari rabu ada pasar malam..aku mahu beli itu chicken wing yang lazat hingga tak terkata..rasanya, kalau dh makan tu rasa mcm sayang pulak nak buang air besar..tapi ari semalam aku pulang bukan hanya dengan chicken wing, namun turut terselit beberapa makanan yang lain..diantaranya sup ekor (my fav), keropok (my fav), buah pear, daging bakar (1st time try), and 2 nasi putih..


Sebab takut terlepas maghrib, aku pun terus lah balik rumah..sesampai aku kat guard house, aku park kereta untuk wat weekly registration, n then aku tengok muka pak guard tu dah macam katak yang pinggang berkedut dia kene lenyek dengan tayar kereta..dalam hati aku cakap dia penat sgt kot..pastu aku bertindak luar kawalan dengan membuka mulut dan bertanya, “pak cik nak keropok”..dalam hati dah berbelah bagi..syaitan dalam hati aku ckp aku bengong..angel dalam hati aku cakap bagus2 kau memang mempunyai hati yang besar..


Lalu aku hulurkan kan plastic bag yang berisi keropok..aku just nak suruh dia ambil beberapa ketul je..tapi pak cik dgn perasaan merendah diri ambil dengan plastic-plastik sekali.. “hei pak cik saya bukan nak bagi semua, xmalu lah pak cik ni”..aku berkata di dalam hati..tanpa menoleh rupa paras keropok itu, aku terus mencompletekan registration form itu, aku takut kalau aku Nampak body keropok yang menggoda itu lagi, aku bisa menggigit ginjal pak cik itu..jd sedaya upaya aku larikan bijik mata aku ini dari terpandang plastic merah yang di dalam nya ada keropok itu..


Kemudian, aku memboloskan badan aku yang bentuk dia mcm cekodok ikan bilis mak aku ni ke dalam kereta CLV ku, dan dengan segera aku tersedar, redhakan lah aje apa yang terjadi, lg pun keropok je, lalu aku dengan kekuatan suara perut ku yang x berapa puas hati dengan tindakan pak cik tadi mengikhlas kan juga hati aku yang keberatannya dah menyamai berat sebuah crane..lebih baik ikhlas kan sahaja, dapat pahala kan..lagi pun mungkin ada hikmah kan..aku pikir dgn makanan yang banyak ni, mungkin ada lauk yang x habis nnt..so, mungkin ALLAH nak elakkan aku dari membazir..maka situasi itu pun berlaku..


Lagipun dah lama aku x wat amal jariah, kalau pi masjid masa sembahyang jumaat pun dh lama aku x sedekah kan duit..hmmm, jadi aku x nak lah marah pak cik tu lagi, tapi aku nak ucap terima kasih lah kat dia, ada gak peluang aku wat sedekah-sedekah..tapi boleh ke aku taip aku sedekah keropok kat pak cik tu..nanti mesti sape2 baca blog ni cakap aku riak..sedekah keropok pun nak kecoh..hahahaha..aku dh sedekah, subur sikit dah rezeki aku..korang bila lagi..hahaha..


*sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya
*lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan, nanti pasti ada sesuatu yang baik untuk kita di masa hadapan
*amalkan amalan sedekah, kerana ia mampu menolong golongan yang kurang bernasib baik..tapi jangan pula riak..atau mempunyai niat yang buruk di sebaliknya..

semua salah "malas"

List perkara serius yg dah tertunggak untuk di laksanakan :

Hantar kereta ke “hospital”.

Kalau baca post before this, sudah tentu akan tahu kenapa kereta aku kena dan patut di hantar kat ‘hospital” kan. Sabtu lepas aku sudah bawak dia pi hospital tapi “doctor” tu cakap ubat dia ( rim tyre + cap tyre ) sampai dalam masa 3 hari dari hari ianya di tempah..so, maksudye ubat kereta aku sampai hari ni..tapi, aku rasa mcm malas pulak nk jumpe supervisor and mintak cuti. Jadi aku dengan sesuka hati telah mengpostpone untuk bagi ubat pada kereta aku ke hari sabtu ni..sabar ye my CLV..tuan ko ni memang kurang bertamadun sikit..

Mengdepositkan cek warna kuning

Ini satu benda yang nipis tapi bila kita usaha sikit boleh jadi benda tebal..tapi aku gile malas nk berusaha masalahnya..oleh itu dia masih lagi menjadi benda yang nipis seperti dulu..aduhai, sudah 2 helai cek aku belum deposit kan ke dalam akaun bank ku..x tahu bila nk datang kerajinan untuk menapak kan kaki ke bank berhampiran. Klu di total kan, hmmm hebat jugak nilai nye kan..cukup hebat lah untuk seorang trainee seperti aku..

E-industrial!!, berapa kali nk suruh aku bagi salam ni..bukak pintu!!

Satu lagi masalah yang besar, besar tahap gaban. Aku xsempat nk daftar latihan industry aku kat e-industrial pye portal..lama gila aku tunggu untuk dia bukak balik sesi pendaftaran..pastu minggu lepas e-industri al dah membuka kembali sesi pendaftaran, tapi bukan untuk aku, tapi untuk bebudak yang akan membuat latihan industry pada semester khas akan datang..huahahahahha..ini lah dia akibat kalau selalu online tapi malas nak bukak laman web rasmi university sendiri..last2 terlepas semua benda yang penting..hahaha..e-industrial tolong lah bukak pintu ko, supaya aku dapat masuk untuk mendaftar..

My super Bad Friday

Bangun2 aje pagi ni rasa ceria sangat sebab hari ni adalah jumaat..hari jumaat seronok sebab selalu pikir hari esok cuti..hehehehe..tapi semua itu berubah sekelip mata, menjadi hari jumaat yang malang bagi aku..

Pagi tadi, lebih kurang jam 7.++ a.m..aku drive menyusuri federal highway..pastu ada satu bas metro ni lembab gila klu di ilusi optic kan boleh Nampak macam siput babi, pastu aku pun memotong lah bas itu, tiba-tiba ada satu lubang besar kat depan aku berbentuk bulat and aku x berkesempatan mengubah arah pergerakan tayar aku, lalu aku redhakan je lah tayar aku masuk dalam lubang tu..( mungkin mula2 otak aku tafsir “aku Nampak lubang tu mcm biskut oreo”, sbb tu lah aku menuju ke arahnya dan menggigit nya sedikit )..last2 aku and kereta aku yang di gigit oleh lubang puaka tu..

Yang paling x tahan, masa aku langgar lubang tu aku Nampak macam ada benda hitam melambung sampai sama aras dgn muka aku. Aku pun cuak gila lah masa tu,aku ingat tayar aku dh tercabut, tapi knapa aku masih boleh bergerak di atas jalan raya ni..owh mungkin bukan tayar.. dan oleh itu aku pun pergi lah ke pam stesyen terdekat untuk lihat duduk perkara sebenar..pastu aku ingat bumper aku ke tu tercabut..gile bullshit kan aku..tengok2 casing tyre aku tercabut..oo so yang melambung tu dia lah..n then aku tengok ring tyre aku pun dh bengkok sikit..alaaaaa sian nye kat kete aku..aku rasa bersalah sangat dgn dia..

Pastu aku pun menghubungi dua org kawan aku yang agak jugak hebat kemahiran nya tentang kereta..aku nk tya aku still boleh pi kerja dgn tayar kereta macam ni ke?..pastu dia org ckp boleh..tp klu nk jalan jauh better pi hantar perodua service dulu..huhuhu..di sebabkan itu aku nk jadi orang yang kedekut senyuman hari ini..huhu..tapi bila aku pikir balik, kira aku ni rajin lah kan, nk ikut kan boleh je aku mintak cuti nak pi repair kereta aku..tapi aku tetap ingin bekerja..gila hebat lah..


* bonget lah org yang bertanggungjawab pastikan jalan raya dalam keadaan selamat..korangx buat kerja ke..
* banyak nye masalah yang timbul sekarang, adakah aku sedang di duga..aku harap aku dapat menempuh segala dugaan ini dgn hati yang tabah..
* nak sejukkan hati, gunakan sahaja ayat ini : setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..

u r zero

I hate my self!!!!

Someone, please call the doctor, I am going crazy right now. I really need space and I wish to have extra time. Let me be alone with my own self. I am my own worst enemy. I want to be somebody else. I want to switch body with other people. Hey, Is there anyone willing to switch body with me (*wink)..(result turn zerrooo)

Back to problem ----> And I don’t even can look myself in the mirror. Because it is very annoying to see the face that I should proud off. This face brings a lot of failure, tears, humiliating stuff, etc. Please, I am very disappointed with my self.


Question: Did you a loser?
My answer : not really (I refuse to admit it even it is a fact.)

I really need time to forgive my own self for all the disappointing stuff that his create all the way long.

Dia jgn ckp lebih..



Assalamualaikum.


this picture describe my feeling

Dia cakap kami x bagus..aku diam (speechless) tapi teman2 bangun menjawab..bukan tidak mahu membela diri..tapi…akan tetap lemas dalam pendapat Dia..aku diam lagi tapi teman2 tetap perjuang kan nasib diri..Lemah kah aku?..tidak mampu berjuang untuk diri..

bukan sebab lemah tapi aku sedar diri..aku sedar diri dah melakukan kesilapan..mungkin benar kami tidak cukup bagus..namun tidak bermakna kami tidak bagus..kita manusia..kita punya sisi lemah nya..kita punyi sisi arif nya..


rasa begitu sakit di hati jika kerja yang di lakukan tidak mendapat
hasil seperti yang di harapkan


ijazah terpuji adalah ijazah yg kita dapat dari mempelajari kesilapan..namun jgn silap itu, tidak di ambil ikhtibar..bimbang pisang itu berbuah dua kali..baiki diri agar masa depan kembali dapat berdiri..berdiri kelak biar mendada tanda bangga dengan diri..namun jangan lupa bumi yang di pijak..bimbang kelak tersungkur di tanah sendiri..~mati langkah~


emosi perlu di kawal waktu ini..jgn kekesalan ini menghantui minda

yang perlu di siap sediakan untuk menghadapai exam yg akan dtg..


jangan!!..hati kata jangan mati langkah..guna masa itu, fikir masa hadapan..jgn!!..jgn buang masa lagi..jgn sesali apa yg telah terjadi..biar ia pergi jd mimpi semalam..ayuh, majukan langkah..kejar masa itu..masa itu sentiasa punya langkah..kita jangan di biarkan statik..bimbang nanti hanya di tinggalkan jejak..



doakan kesejahteraan ku..sekian..terima kasih kerana membaca..




nervous : move or static


Assalamualaikum..


Dia..dia..dan dia..semua cakap nervous..aku pun sama..

Alahai esok kena buat final presentation untuk projek capstone..50 % markah bergantung pada presentation esok..emmm..i am so nervous.

Nervous?..nervous lah!!..dia datang lg x?..siapa?..nervous ..diam..(riau)

Kepala otak pusing-pusing?..




Mana pintu keluar kerajaan nervous ni?..

xnampak ke?..org tu ckp..payah nk nampak..

klu nk cari, kena biar hati tenang..


hahaha..relax and take it easy..insya-ALLAH..everything just gonna b fine..

doa pada ALLAH agar di mudah kan kesulitan untuk hari esok..


gud luck izzuddin..and try to give ur best..

see I can motivate my own self..cool huh..

wish me luck to anyone that read my blog..


with that, I thank you..