Showing posts with label itu kenanganku. Show all posts
Showing posts with label itu kenanganku. Show all posts

AyAh DaN SaInS

Pagi tadi, dua tiga kali gak hanphone aku menghasilkan getaran ( silent mode so vibrate je lah )..ayah aku yang telefon..alamak rasa macam anak derhaka pulak bila ayah yang telefon anak..tapi bila aku angkat aje, ayah aku x jawab pun..jadi masa lunch tadi, aku telepon mak aku tya nape ayah telefon, pastu mak aku cakap ayah aku bank-in kan duit untuk aku...la, terharu plak rasa dalam hati aku..nape lah ayah aku masih bank-in kan duit sedangkan aku dah bergaji sudah..hehehehe..kadang-kadang tak tergambar perasaan sayang aku kat ayah aku..


Oleh itu aku nak amik opportunity ni, untuk wat entry tentang ayahku..ada satu memori yang aku bley ingat sampai skang tentang aku dan ayah aku..tajuk memori ni, ayahku dan konsep sains..hahahaha..ayah aku agak berumur, so actually ayah aku xdek lah tahu pasal sains2 ni..tapi orang tua biasalah, mereka ada cara nak gunakan sains dalam kehidupan dia org juz mereka x sedar and tahu mereka sedang mengajar anak kecil mereka tentang ilmu sains..


Kisah selanjutnya..

Masa aku masih budak2 dulu, ala masa yang selalu ada satu tong hingus dalam hidung dulu-dulu tu, aku suka ikut ayah aku pi beli nasi lemak pagi2 kalau mak aku x sempat nak masak breakfast, lepas tu kalau pi kedai tu, masa nak tunggu nasi lemak di bungkus, ayah aku slalu order air teh susu panas..so, selalunya cawan yang ada air tu akan di letak di atas piring kan..so, kami selalu kongsi air secawan itu bersama..tapi ayah aku x pernah bagi aku minum air teh itu masa dia kat dalam cawan..ayah aku cakap aku budak kecik lagi, nnt x tahan panas..


Jadi, ayah aku akan curah air teh tu dalam piring, dan suruh aku minum air yang kat dalam piring tu..ayah aku cakap kalau letak air dalam piring nanti dia cepat sejuk sikit, so boleh lah aku minum..selamat ayah aku bertuah dapat anak comel and x banyak songe macam aku..aku x pernah pun tanya ayah aku soalan-soalan berikut:

1) Kenapa ayah tuang air dalam piring
2) Kenapa air dalam piring cepat sejuk
3) Kenapa ayah x minum air dalam piring gak


Kalau lah aku Tanya soalan no 2 tu, tak kan ayah aku boley jawab dalam konteks sains sebenar betul x..aku just dapat tahu rahsia kenapa air cepat sejuk dalam piring berbanding cawan masa aku form brapa ntah tapi masa aku ulang kaji subjek sains untuk PMR lah..

Kadar peresapan haba ke persekitaran berkadar terus dengan luas permukaan terdedah .


Walaupun ayah aku xbrapa ada ilmu tentang alam2 sains ni, tapi ayah aku telah bagi pendidikan sains yang sangat sempurna serta kompleks kepada anak-anak nya..sebab tu lah kadang2 aku rasa, jasa mak bapak nip ayah sungguh untuk anak2 balas..hehehe..aku sayang ayah aku..xdek perkataan bahasa melayu atau inggeris yang boleh potray how much i love my fatfather..tetiba rasa macam nak balik rumah..huhuhu..


*sayangi ibu dan ayah anda dengan sepenuh hati..jasa mereka x kan terbalas oleh kita..
*jangan main masa menuntut ilmu, ingat harapan ayah dan ibu..
*aku tahu mungkin ramai orang guna cara piring ni, tapi aku just nak share je cerita ni..hehehe

BiLa ITik HoDoH JaDiKaN AkU BuDaK JuJuR

Ini adalah satu perkara yang begitu malas untuk di hadapi..tertekan satu button kat kepala and then otak bertindak balas dengan berputar dengan pantasnya untuk mencari cakera nipis dalam simpanan minda aku ni yang bertema tentang memori-memori masa dahulu kala..kalau dia stat buat pusingan tu, memang dia tak kan berhenti walau mulut aku menjerit mengeluarkan suara Jaclyn victor atau jamal abdillah sekalipun

Memori terpilih hari ini;

Pergi beraya rumah pak cik aku ( masa aku sekolah rendah dulu ) dan pada ketika itu ada cerita cartoon anak itik warna kuning2 ramai2 tapi ada terselit seekor anak itik yang hodoh ( sebab warna dia hitam ) tapi muka dia aku tengok sama je macam anak-anak itik yang lain..tapi masalah nya, walaupun dia hodoh, dia jadi watak utama..kalau aku jadi anak itik hitam tu, aku x kisah orang nak ejek aku, janji aku glamour..hahahaha..

dia tidak hodoh sangat

Tapi dalam cite ni, itik hodoh tu tidak and tak kan bersifat macam aku yang senget ni..itik hodoh ni baik gila..ala sebab bukan dia nk jadi macam tu, pengarah cite tu yang bersalah jadi kan dia berjiwa mulia..sebab tu dia asyik kena buli..last2 macam biasalah kan hepi ending..semua org dapat terima dia..bonget je..buat lah macam itik hodoh tu bangkit membangunkan hak dia ke dengan membuat rusuhan ke kan..baru best..( pastu cite cartoon ni jd 18 SG )..

Tapi ada satu point menarik yang aku dapat dari cerita ni..
Indahkah kejayaan/kebahagiaan orang lain pada lensa mata kita
Itik hodoh tu tak pernah macam nak tunjukkan perasaan cemburu dia terhadap anak itik lain yang berjaya dan bahagia..dia redha aja..baguskan..tapi itu itik, tapi kalau manusia..melalui apa yang aku lalui, kadang2 agak pahit untuk tengok kawan2 yang rapat atau yang ada hubungan dengan kita melangkah setapak ke hadapan dan sedangkan kita masih di lopak air yang sama ( lopak air ; macam tempat tinggal hipo plak )..

Secara jujur ; aku bukan seorang yang boleh hidup selesa bila tengok orang lain maju sedang kan aku masih static atau mengundur ke belakang..aku pernah borak2 dgn hati aku cakap jangan simpan hasad dengki, tapi boleh pulak dia marah aku balik ckp aku yang x jaga dia elok2..ishk masalah betul la..so, memang aku akan rasa cemburu sangat, tapi aku x pernah nak expose kan pun..tp kdg2 rasa kalau lah aku ada kuasa, nak aje aku penyek2 kepala orang yang memintas aku..hahaha..biar jadi macam ayam penyek kat satu restoren kat sunway tu..

Hmmm, tapi aku akan sentiasa berusaha mengikis masalah aku ni..hahaha..tapi kalau ada kawan2 ku yang membaca blog ini, jangan takut, aku tidak akan mampu membunuh korang..hahaha..payah nye bila aku jadi jujur, tapi lagi payah untuk menjadi seorang yang hipokrit..

*kalau tak nak orang lain atas dari korang, berusaha lah bersungguh-sungguh..jgn jd mcm aku ni..suka mengharap bulan jatuh ke riba..
*indahkan lah hati supaya tidak menjadi busuk dan tidak suka melawan kehendak tuannya..senang je nk ada hati suci ni, buat perkara yang di perintah oleh ALLAH dan tinggal kan larang-Nya
*jgn jadi hipokrit pada diri dan orang di sekeliling anda, kerana hipokrit mampu membawa luka yang lagi dlm daripada kecewa dalam percintaan ( mcm lah aku penah bercinta )