Dia jgn ckp lebih..



Assalamualaikum.


this picture describe my feeling

Dia cakap kami x bagus..aku diam (speechless) tapi teman2 bangun menjawab..bukan tidak mahu membela diri..tapi…akan tetap lemas dalam pendapat Dia..aku diam lagi tapi teman2 tetap perjuang kan nasib diri..Lemah kah aku?..tidak mampu berjuang untuk diri..

bukan sebab lemah tapi aku sedar diri..aku sedar diri dah melakukan kesilapan..mungkin benar kami tidak cukup bagus..namun tidak bermakna kami tidak bagus..kita manusia..kita punya sisi lemah nya..kita punyi sisi arif nya..


rasa begitu sakit di hati jika kerja yang di lakukan tidak mendapat
hasil seperti yang di harapkan


ijazah terpuji adalah ijazah yg kita dapat dari mempelajari kesilapan..namun jgn silap itu, tidak di ambil ikhtibar..bimbang pisang itu berbuah dua kali..baiki diri agar masa depan kembali dapat berdiri..berdiri kelak biar mendada tanda bangga dengan diri..namun jangan lupa bumi yang di pijak..bimbang kelak tersungkur di tanah sendiri..~mati langkah~


emosi perlu di kawal waktu ini..jgn kekesalan ini menghantui minda

yang perlu di siap sediakan untuk menghadapai exam yg akan dtg..


jangan!!..hati kata jangan mati langkah..guna masa itu, fikir masa hadapan..jgn!!..jgn buang masa lagi..jgn sesali apa yg telah terjadi..biar ia pergi jd mimpi semalam..ayuh, majukan langkah..kejar masa itu..masa itu sentiasa punya langkah..kita jangan di biarkan statik..bimbang nanti hanya di tinggalkan jejak..



doakan kesejahteraan ku..sekian..terima kasih kerana membaca..




nervous : move or static


Assalamualaikum..


Dia..dia..dan dia..semua cakap nervous..aku pun sama..

Alahai esok kena buat final presentation untuk projek capstone..50 % markah bergantung pada presentation esok..emmm..i am so nervous.

Nervous?..nervous lah!!..dia datang lg x?..siapa?..nervous ..diam..(riau)

Kepala otak pusing-pusing?..




Mana pintu keluar kerajaan nervous ni?..

xnampak ke?..org tu ckp..payah nk nampak..

klu nk cari, kena biar hati tenang..


hahaha..relax and take it easy..insya-ALLAH..everything just gonna b fine..

doa pada ALLAH agar di mudah kan kesulitan untuk hari esok..


gud luck izzuddin..and try to give ur best..

see I can motivate my own self..cool huh..

wish me luck to anyone that read my blog..


with that, I thank you..

happy : i give smile


Assalamualaikum..



Panggilan telefon dari MR. Chuah pagi tadi amat menggembirakan hati..

setelah lama menunggu, akhirnya Global Filtration (M) Sdn. Bhd. telah meng “sunting” aku untuk membuat internship di syarikat mereka..alhamdulillah syukur..

hmm tapi syarikat ni agak jauh dari tempat tinggal ku, kalau aku drive viva ku itu, mungkin ambil masa 40 minit..tapi bagiku ia berpatutan dengan elauan bulanan yang di bekal kan..

Mr. Chuah ingin aku mengambil part design (engineer) semasa dalam tempoh internship ku..nampak gaya nye aku perlu berusaha mempelajari 3d software selepas ni..

chaiyookkkk..

open house..

assalamulaikum...

"hidup sekarang agak sibuk..jadi untuk post kali ini, hanya gambar2 ke rumah open house rakan-rakan akan di pamer kan"

..hehehe..

******************************

Akak hannan house







kak mina house








qimi open room





ada 3 lagi rumah terbuka yang saya kunjungi namun gambar nya tidak sempat di upload ke dalam ini komputer..

sekian utk post saya kali ini..
sekian terima kasih..

sedikit untuk hiburan



Hmmm..petang tadi hujan agak lebat..entah macam mana boleh terlelap seketika..lepas tu bangun-bangun sahaja dah dekat time untuk dinner kat Dewan Umarak (dining hall )..sampai aje kat dining hall, diriku, syazwan and ashraf terkejut melihat menu hari ini..AYAM!!..selalunya hari sabtu kami tidak di sajikan dengan ayam..namun tidak mengapalah, bersyukur sudah..jangan nak banyak soal pulak..hehehe..sedang seronok menjamu selera..tiba-tiba handphone ku berbunyi (nada tone nokia)..terpapar di skrin handphone ku nama abang ku..lalu ku jawab panggilan itu..yayyy..seronok nya..abang ku mahu membelanja ku berkaraoke di KTV bukit bintang..

*****************************************************************************************************************


Tanpa berlengah aku terus bersiap untuk pergi..hehe..semasa sedang bersiap tiba-tiba teringat pulak hajat ku ingin ke bilik hafizuddin untuk melihat sample report untuk eksperiment instrument..namun hati ini begitu mahukan hiburan lalu kunjungan ke bilik hafizuddin itu di tangguhkan kepada keesokan pagi lebih kurang jam 9.00..sebenar nya hajat di hati mahu berjumpa nya juga malam ini selepas pulang dari karaoke itu nanti, namun dia bilang mahu tidur awal hari ini..jadi atas dasar tidak mahu menganggu jadual tidurnya itu, hajatku itu mati di situ sahaja..hehehe..

*****************************************************************************************************************

gambar ini hanya search di internet kerana terlupa membawa kamera..sekadar hiasan..

kami tiba di KTV sekitar jam 8.30..tanpa membuang masa kami terus memilih lagu-lagu untuk di nyanyikan..senarai lagu itu tidak perlu di paparkan kerana tiada apa untuk di banggakan dengan memaparkan senarai-senarai lagu yang di pilih itu..hehehe..tapi kami begitu terhibur malam ini..hilang sedikit tekanan di dalam diri..hehehe..abang ku memang mempunyai bakat nyanyian yang bagus..mahu sahaja menyuruhnya memasuki pertandingan nyanyian reality..tetapi dia tidak mahu kerana dia tidak suka menyanyi di khalayak ramai..katanya, nyanyian nya hanya untuk menghibur kan hatinya, dan bukan untuk menghibur kan masyarakat di sekeliling nya..

*****************************************************************************************************************

Setelah 2 jam di habiskan untuk berkaraoke, kini masa nya untuk pulang ke kampus U.M..sebelum pulang abang ku mahu membelanja ku makan di Old Town White Coffee yang terletak di bawah rumah kondominium nya..O.T.W.C ini baru di buka pada pagi tadi..dan setelah banyak branch-branch nya lawatiku, ini adalah branch yang tercantik pernah di lihat ku..ruangan dalaman nya yang besar dan cara susun atur perabot nya menampakkan ruang dalam nya yang eksklusif..di sekeliling nya di hiasi dengan landskap bunga-bungaan tropika yang begitu cantik..kalau tidak percaya cuba lah pergi ke Old Town White Coffe di the village, bangsar south berhampirang dengan kondominium Pantai Panorama atau lebih mudah berhampiran dengan stesen putra LRT university..

gambar ini hanya search di internet kerana terlupa membawa kamera..sekadar hiasan..

*****************************************************************************************************************

Lebih kurang jam 12.00, sampai di asramaku..bagiku diriku yang masih seorang pelajar jam 12.00 masih tidak terlalu lewat..kerana kami sering menggunkan wktu tgh malam untuk mengulang kaji pelajaran dan kadang-kadang kami membuat revision sehingga waktu subuh..namun sekrang jam menunjukkan jam 1.26 a.m..OMG..sudah terlewat untuk tidur..okey lah sampai di sini sahaja untuk kali ini..hari esok masih banyak kerja untuk di siap kan, tambahan mahu menyiapkan diri untuk presentation agar tidak nervous atau termati kata semasa membuat pembentangan nanti..doakan agar presentation itu akan bergerak lancer..insya-ALLAh..hehe..okie sekian untuk kali ini..terima kasih membaca..assalamualaikum..

reducing burden..


Alhamdulillah..akhirnya siap sudah power point utk projek invention ku.. semalaman menyiapkan power point ni sampai tembam mata di buat nya..tetapi bukan menyiapkannya berseorangan tapi bersama-sama ridzuan, teman sekuliah ku..kami dalam satu kumpulan yang sama dan kami telah membahagi tugas, aku menyiapkan power point, dia menyiapkan sketching “exhaust system” itu..dia lebih mahir dari aku menggunakan software solid work itu, jadi kerja sketching di serahkan pada nya..lagi seorang ahli kumpulan ku tidak hadir bersama menyusuri malam itu menyiapkan kerja-kerja terakhir projek invention ini..kami ingin hantar softcopy power point ini jam 3.30 p.m nanti..

*****************************************************************************************************************

Power point dh siap, tetapi kerja lain pula menyusul..pagi tadi sin huang menghantar sms :

” Hello..huang here. About our instrumental report. Can u send the result to my email now?. N I think we divide our work la..i do exp 1..u all do exp 3..then we combine at Sunday night..how u think?..”

But unfortunately, I have my last preparation for the invention presentation on that night lah..so we agree to postpone the time to Wednesday night –maybe- ..hehehe..kemudian, izwan di telefon untuk di beritahu esok perlu berjumpa untuk membuat group diskusi tentang report untuk eksperimen itu..hmmm..i am so tired..

*****************************************************************************************************************

Dalam perjalanan ke solat jumaat, ada seorang junior menegur “aik, dah ada kereta drive lah pergi masjid”..aku hanya mampu menjawab dgn gelakkan kecil serta sedikit senyuman kepadanya..bagi ku, lebih selesa untuk berjalan kaki, tidak perlu fikir tentang di mana mahu park itu kereta, dapat menjimat minyak dan yang paling penting dapat banyak pahala, lagi-lagi jika kita berzikir di sepanjang perjalanan itu kan..khutbah hari ini, told us buat ibadah itu perlu istiqamah, jangan lah hanya kerana bulan ramdhan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari hidayah serta keredhaan ALLAH tapi baki bulan-bulan yang lain kita kembali lalai dengan kehidupan duniawi kita..hehehhe..

*****************************************************************************************************************

Hmmm, terkilannya..sebab?..huhuhu..prof. Abul Kalam tiada di bilik nya and then kami pergi check di office mechanical rupa-rupanya prof ada meeting di putrajaya..tiba-tiba terasa seperti alangkah sia-sianya menyiapkan kerja semalam dengan begitu bertungkus lumus sampai waktu tidur pun tergadai..namun, ingat setiap yang terjadi ada hikmah nya, sekurang-kurangnya power point itu sudah siap, jadi weekend ni tidak lah terlalu terbeban sangat oleh kerja-kerja..alhamdulillah..maka adalah sedikit runag untuk mengulang kaji pelajaran..hehehe..

sebelum maghrib tadi pergi ke KFC sbb KFC plg dekat n take away untuk dinner..hehehe..


Terima kasih keranan membaca..assalamualaikum

messy

Rambut ku tidak lagi terurus seperti biasa, otak ku mulai kusut, kepala ku sudah condong kearah kerja-kerja yang bertimbun bnyak nye.. di atas meja study itu....alamak!, Prof. Abul Kalam at sudden ask me to submit my powerpoint and my report for my invention project this Friday..OMG..-at the same time- help me!!..i got no placement for my internship yet..there, in font of me, - a lot of books need to be revise, the final exam is just around the corner (3 weeks left)-..hanya ALLAH sahaja lah yang tahu betapa pening nye kepalaku ini.. ingin ku lari dari sini, namun ini amanah yang perlu ku pegang .. aku perlu menimba ilmu itu..kepala ini hanya boleh tenang gelombang nya pada waktu untuk solat dan makan sahaja hehehe…

******************************************************************************

Hmmm..tetapi apabila situasi sebegini sudah terjadi, mahu di tudingkan jari kepada siapa..dia!,dia! Atau dia!, tetapi kamu jawab hati ini..biasalah kita manusia, suka benar menuding jari kearah orang lain sebab masing-masing punya ego tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri..betul kan?..ni semua terjadi di sebabkan kesalahan diri sendiri..mengapa suka menangguh-nangguh kan kerja. Lepas tu mulalah mahu menyesal, ~kalaulah saya~…..ishk2 jangan di sesalkan lagi..tanam dalam diri, jgn biarkan diri terlalu di manjakan, bimbang musnah masa hadapan..bak kata orang dulu-dulu “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke hiliran, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”..perlu di korbankan kesenangan kita hari ini, untuk kejayaan hari mendatang..percayalah, berusaha dan tawakal..

******************************************************************************

Syawal?, seronok lah jugak sebab dapat banyak duit tapi tiba-tiba slip peperiksaan tidak dapat di keluarkan sebab status ku rupa-rupanya masih berhutang dengan university..geram nya nampak gaya nya melayang lah duit ku itu, oleh itu timbul lah pelbagai masalah yang melibatkan duit pulak dalam otak ku yang suka berfikir ni..mana nk simpan duit minyak kereta, mana nak simpan duit nak makan, mana nak simpan duit nak buat preparation untuk final exam nanti..uhhhhhh...bawak mengucap wahai diriku..minta pada ALLAh agar di kurangkan beban mu..solat dan berdoa lah padanya untuk di tunjukkan jalan keluar dari masalah mu ini..namun mungkin ada hikmahnya, diriku ini seorang yang boros, mungkin ini terjadi supaya duit ku yang ada itu di elakkan dari di habiskan pada benda-benda yang tidak berpatutan..berfikiran positif untuk menjana minda aktif..

*************************************************************************************

Hmmm, diriku ini betul2 tidak mampu melangkah mengubah duduk berdiriku..aku masih di takuk yang lama..masih di lembah permulaan itu..mungkin kerana aku keseorangan dan mungkin aku perlukan seseorang bernama teman untuk menggerakkan kaki ku supaya mampu melangkah menapak maju ke hadapan mengejar cita-cita yang ku pasang teguh di dalam hati..supaya angan ku yang indah tinggi di langit malam umpama kerdipan bintang-bintang itu dapat ku gapai sebelum diri ini melangkah sampai di akhir garisan kehidupan ku ini..terima kasih kerana membaca..assalamualaikum..

madah pembuka bicara

Assalamualaikum pembuka bicara..ini bukan klisye untuk memulakan sesuatu dengan memberi salam namun ini adalah tuntutan agama dan ia melambangkan kesopanan kita dalam berkomunikasi, sapaan awal pertemuan yang begitu indah jika di iringi dengan hiasan senyuman di wajah seorang manusia.

Alhamdulillah, akhirnya blog kedua saya ini telah selamat di tubuhkan. Syukur di panjatkan ke hadrat ilahi namun ada sedikit kegementaran wujud di dalam diri ini. Gementar kerana bimbang tidak istiqamah dalam menaip post2 yg baru di dalam blog ini lalu akan bimbang untuk “pisang berbuah dua kali”. Blog pertama saya gagal kerana tiada masa untuk di luangkan kerana sibuk dengan perkara2 yang mengabaikan..

Doakan agar diri ini di beri kekuatan untuk menghasilkan post-post baru yang bermakna dan di harap kan dapat menggembirakan hati semua insane yang membaca blog ini..dengan itu saya akhiri post saya kali ini dengan salam..assalamualaikum..

p/s:: tunggu kan post saya yang berikut nye..