sedikit untuk hiburan



Hmmm..petang tadi hujan agak lebat..entah macam mana boleh terlelap seketika..lepas tu bangun-bangun sahaja dah dekat time untuk dinner kat Dewan Umarak (dining hall )..sampai aje kat dining hall, diriku, syazwan and ashraf terkejut melihat menu hari ini..AYAM!!..selalunya hari sabtu kami tidak di sajikan dengan ayam..namun tidak mengapalah, bersyukur sudah..jangan nak banyak soal pulak..hehehe..sedang seronok menjamu selera..tiba-tiba handphone ku berbunyi (nada tone nokia)..terpapar di skrin handphone ku nama abang ku..lalu ku jawab panggilan itu..yayyy..seronok nya..abang ku mahu membelanja ku berkaraoke di KTV bukit bintang..

*****************************************************************************************************************


Tanpa berlengah aku terus bersiap untuk pergi..hehe..semasa sedang bersiap tiba-tiba teringat pulak hajat ku ingin ke bilik hafizuddin untuk melihat sample report untuk eksperiment instrument..namun hati ini begitu mahukan hiburan lalu kunjungan ke bilik hafizuddin itu di tangguhkan kepada keesokan pagi lebih kurang jam 9.00..sebenar nya hajat di hati mahu berjumpa nya juga malam ini selepas pulang dari karaoke itu nanti, namun dia bilang mahu tidur awal hari ini..jadi atas dasar tidak mahu menganggu jadual tidurnya itu, hajatku itu mati di situ sahaja..hehehe..

*****************************************************************************************************************

gambar ini hanya search di internet kerana terlupa membawa kamera..sekadar hiasan..

kami tiba di KTV sekitar jam 8.30..tanpa membuang masa kami terus memilih lagu-lagu untuk di nyanyikan..senarai lagu itu tidak perlu di paparkan kerana tiada apa untuk di banggakan dengan memaparkan senarai-senarai lagu yang di pilih itu..hehehe..tapi kami begitu terhibur malam ini..hilang sedikit tekanan di dalam diri..hehehe..abang ku memang mempunyai bakat nyanyian yang bagus..mahu sahaja menyuruhnya memasuki pertandingan nyanyian reality..tetapi dia tidak mahu kerana dia tidak suka menyanyi di khalayak ramai..katanya, nyanyian nya hanya untuk menghibur kan hatinya, dan bukan untuk menghibur kan masyarakat di sekeliling nya..

*****************************************************************************************************************

Setelah 2 jam di habiskan untuk berkaraoke, kini masa nya untuk pulang ke kampus U.M..sebelum pulang abang ku mahu membelanja ku makan di Old Town White Coffee yang terletak di bawah rumah kondominium nya..O.T.W.C ini baru di buka pada pagi tadi..dan setelah banyak branch-branch nya lawatiku, ini adalah branch yang tercantik pernah di lihat ku..ruangan dalaman nya yang besar dan cara susun atur perabot nya menampakkan ruang dalam nya yang eksklusif..di sekeliling nya di hiasi dengan landskap bunga-bungaan tropika yang begitu cantik..kalau tidak percaya cuba lah pergi ke Old Town White Coffe di the village, bangsar south berhampirang dengan kondominium Pantai Panorama atau lebih mudah berhampiran dengan stesen putra LRT university..

gambar ini hanya search di internet kerana terlupa membawa kamera..sekadar hiasan..

*****************************************************************************************************************

Lebih kurang jam 12.00, sampai di asramaku..bagiku diriku yang masih seorang pelajar jam 12.00 masih tidak terlalu lewat..kerana kami sering menggunkan wktu tgh malam untuk mengulang kaji pelajaran dan kadang-kadang kami membuat revision sehingga waktu subuh..namun sekrang jam menunjukkan jam 1.26 a.m..OMG..sudah terlewat untuk tidur..okey lah sampai di sini sahaja untuk kali ini..hari esok masih banyak kerja untuk di siap kan, tambahan mahu menyiapkan diri untuk presentation agar tidak nervous atau termati kata semasa membuat pembentangan nanti..doakan agar presentation itu akan bergerak lancer..insya-ALLAh..hehe..okie sekian untuk kali ini..terima kasih membaca..assalamualaikum..

0 comments: