AkU NaK JaLaN Ke DePaN

Sejak akhir2 ni, ada satu bentuk perungkapan yang selalu ajer LINGERS kat dalam hidup aku yang tengah agak MESSY ni..setiap kali kepala aku dh jadi serabut macam cacing kerawit yang xdek hala tuju selain niat nya untuk serap zat kita, ungkapan ni akan lingers kat kpala otak aku, and wat aku duduk diam seketika..budget macam ayat ni boleh memotivasikan aku lah konon nye..seketika sahaja sebenarnye, sebab aku ni memang x reti nak memotivasikan diri sendiri..umpama udara yang masuk ikut hidung, keluar ikut b**ntut jadi kentut..hehehe..


Ni lah dia perungkapan nya..
ALLAH telah berfirman ;
“Aku takkan mengubah nasib seseorang/kaum itu melainkan mereka sendiri yng mengubahnya”


Hampir setiap hari, aku akan dengar perungkapan ini dekat rumah..sebab hari2 abang aku cakap ulang2 benda ni..knapa abg aku slalu cakap ungkapan ni?..owh sebab dia sedang menghafal teks ucapannya kot..lagi satu baru-baru ni, temanku ada membuat post dan di akhir post nye pun ada terselit ungkapan ini..adakah sebenarnya situasi ini adalah satu bentuk “lesson” yang sedang terbang di sekeliling aku?..adakah ungkapan ini adalah satu signboard untuk aku keluar dari hiruk-pikuk higway kehidupan ku yang semakin tenat..hmm..harus aku cari jawapan nya..


Aku seorg org yang payah untuk berusaha keluar cari jalan nak lari dari masalah..aku xsuke masalah hujani aku, sebab bila badan aku jadi lembab otak terus lembab, pergerakan aktiviti hidup turut jadi macam pergerakan binatang kacukan paling lembab ( siput + b*b*), tapi aku xdek usaha pun nak cari payung untuk elak bintik-bintik jernih hujan tu..kalau ada rihanna dekat aku, boleh lah aku tumpang payung dia..(eh eh, under my umbrella, ella, ella..)..


Dari dulu sampai lah tapak dimana aku pijak skang..skang ni, aku pijak karpet warna biru menggunakan alas sock warna putih aku..aku slalu biarkan diri aku static unless ada beberapa bijik manusia tolak aku untuk maju ke hadapan..adakah sebenarnya ungkapan ini menyuruh aku untuk berusaha lebih gigih untuk aku Berjaya kelak..kalau dulu aku merangkak macam baby, skang aku kena berlari mengejar cita-cita ku..mungkin itu yang ingin di sampai kan padaku..


Tetapi, banyak sgt ke kuantiti mitokondria yang berkualiti lahir dari coffe starbuck atau burger carls junior yang aku gigit beberapa hari yang lepas, mitokondria yang mampu gerakkan jasad serta rohani aku ke depan..hmmmm..harus di fikir kan sejenak..aku perlu berusaha untuk menjamin hidup cemerlang pada masa depan..sebelum aku habis kan post aku, aku nak kongsi graf grade pointer aku di university, hasil daripada sifat tak mahu berusaha cari jalan kejayaan ..


*usaha+tawakal tangga kejayaan
*kadang-kadang lesson/sign datang dalam pelbagai bentuk, jadi sentiasa analisi setiap sesuatu yang terjadi..mungkin tersimpan seribu satu jawapan di dalam nya..









AkU, PaK GuArD & KeRoPoK

Semalam, aku pecut laju-laju CLV ( cute litte viva ) aku ni menyusuri NPE..ye lah aku nak cepat sampai kat pantai dalam sebab ari rabu ada pasar malam..aku mahu beli itu chicken wing yang lazat hingga tak terkata..rasanya, kalau dh makan tu rasa mcm sayang pulak nak buang air besar..tapi ari semalam aku pulang bukan hanya dengan chicken wing, namun turut terselit beberapa makanan yang lain..diantaranya sup ekor (my fav), keropok (my fav), buah pear, daging bakar (1st time try), and 2 nasi putih..


Sebab takut terlepas maghrib, aku pun terus lah balik rumah..sesampai aku kat guard house, aku park kereta untuk wat weekly registration, n then aku tengok muka pak guard tu dah macam katak yang pinggang berkedut dia kene lenyek dengan tayar kereta..dalam hati aku cakap dia penat sgt kot..pastu aku bertindak luar kawalan dengan membuka mulut dan bertanya, “pak cik nak keropok”..dalam hati dah berbelah bagi..syaitan dalam hati aku ckp aku bengong..angel dalam hati aku cakap bagus2 kau memang mempunyai hati yang besar..


Lalu aku hulurkan kan plastic bag yang berisi keropok..aku just nak suruh dia ambil beberapa ketul je..tapi pak cik dgn perasaan merendah diri ambil dengan plastic-plastik sekali.. “hei pak cik saya bukan nak bagi semua, xmalu lah pak cik ni”..aku berkata di dalam hati..tanpa menoleh rupa paras keropok itu, aku terus mencompletekan registration form itu, aku takut kalau aku Nampak body keropok yang menggoda itu lagi, aku bisa menggigit ginjal pak cik itu..jd sedaya upaya aku larikan bijik mata aku ini dari terpandang plastic merah yang di dalam nya ada keropok itu..


Kemudian, aku memboloskan badan aku yang bentuk dia mcm cekodok ikan bilis mak aku ni ke dalam kereta CLV ku, dan dengan segera aku tersedar, redhakan lah aje apa yang terjadi, lg pun keropok je, lalu aku dengan kekuatan suara perut ku yang x berapa puas hati dengan tindakan pak cik tadi mengikhlas kan juga hati aku yang keberatannya dah menyamai berat sebuah crane..lebih baik ikhlas kan sahaja, dapat pahala kan..lagi pun mungkin ada hikmah kan..aku pikir dgn makanan yang banyak ni, mungkin ada lauk yang x habis nnt..so, mungkin ALLAH nak elakkan aku dari membazir..maka situasi itu pun berlaku..


Lagipun dah lama aku x wat amal jariah, kalau pi masjid masa sembahyang jumaat pun dh lama aku x sedekah kan duit..hmmm, jadi aku x nak lah marah pak cik tu lagi, tapi aku nak ucap terima kasih lah kat dia, ada gak peluang aku wat sedekah-sedekah..tapi boleh ke aku taip aku sedekah keropok kat pak cik tu..nanti mesti sape2 baca blog ni cakap aku riak..sedekah keropok pun nak kecoh..hahahaha..aku dh sedekah, subur sikit dah rezeki aku..korang bila lagi..hahaha..


*sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya
*lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan, nanti pasti ada sesuatu yang baik untuk kita di masa hadapan
*amalkan amalan sedekah, kerana ia mampu menolong golongan yang kurang bernasib baik..tapi jangan pula riak..atau mempunyai niat yang buruk di sebaliknya..

AyAh DaN SaInS

Pagi tadi, dua tiga kali gak hanphone aku menghasilkan getaran ( silent mode so vibrate je lah )..ayah aku yang telefon..alamak rasa macam anak derhaka pulak bila ayah yang telefon anak..tapi bila aku angkat aje, ayah aku x jawab pun..jadi masa lunch tadi, aku telepon mak aku tya nape ayah telefon, pastu mak aku cakap ayah aku bank-in kan duit untuk aku...la, terharu plak rasa dalam hati aku..nape lah ayah aku masih bank-in kan duit sedangkan aku dah bergaji sudah..hehehehe..kadang-kadang tak tergambar perasaan sayang aku kat ayah aku..


Oleh itu aku nak amik opportunity ni, untuk wat entry tentang ayahku..ada satu memori yang aku bley ingat sampai skang tentang aku dan ayah aku..tajuk memori ni, ayahku dan konsep sains..hahahaha..ayah aku agak berumur, so actually ayah aku xdek lah tahu pasal sains2 ni..tapi orang tua biasalah, mereka ada cara nak gunakan sains dalam kehidupan dia org juz mereka x sedar and tahu mereka sedang mengajar anak kecil mereka tentang ilmu sains..


Kisah selanjutnya..

Masa aku masih budak2 dulu, ala masa yang selalu ada satu tong hingus dalam hidung dulu-dulu tu, aku suka ikut ayah aku pi beli nasi lemak pagi2 kalau mak aku x sempat nak masak breakfast, lepas tu kalau pi kedai tu, masa nak tunggu nasi lemak di bungkus, ayah aku slalu order air teh susu panas..so, selalunya cawan yang ada air tu akan di letak di atas piring kan..so, kami selalu kongsi air secawan itu bersama..tapi ayah aku x pernah bagi aku minum air teh itu masa dia kat dalam cawan..ayah aku cakap aku budak kecik lagi, nnt x tahan panas..


Jadi, ayah aku akan curah air teh tu dalam piring, dan suruh aku minum air yang kat dalam piring tu..ayah aku cakap kalau letak air dalam piring nanti dia cepat sejuk sikit, so boleh lah aku minum..selamat ayah aku bertuah dapat anak comel and x banyak songe macam aku..aku x pernah pun tanya ayah aku soalan-soalan berikut:

1) Kenapa ayah tuang air dalam piring
2) Kenapa air dalam piring cepat sejuk
3) Kenapa ayah x minum air dalam piring gak


Kalau lah aku Tanya soalan no 2 tu, tak kan ayah aku boley jawab dalam konteks sains sebenar betul x..aku just dapat tahu rahsia kenapa air cepat sejuk dalam piring berbanding cawan masa aku form brapa ntah tapi masa aku ulang kaji subjek sains untuk PMR lah..

Kadar peresapan haba ke persekitaran berkadar terus dengan luas permukaan terdedah .


Walaupun ayah aku xbrapa ada ilmu tentang alam2 sains ni, tapi ayah aku telah bagi pendidikan sains yang sangat sempurna serta kompleks kepada anak-anak nya..sebab tu lah kadang2 aku rasa, jasa mak bapak nip ayah sungguh untuk anak2 balas..hehehe..aku sayang ayah aku..xdek perkataan bahasa melayu atau inggeris yang boleh potray how much i love my fatfather..tetiba rasa macam nak balik rumah..huhuhu..


*sayangi ibu dan ayah anda dengan sepenuh hati..jasa mereka x kan terbalas oleh kita..
*jangan main masa menuntut ilmu, ingat harapan ayah dan ibu..
*aku tahu mungkin ramai orang guna cara piring ni, tapi aku just nak share je cerita ni..hehehe

E.G.O datang --> pergi

Dalam kehanyalan sebab mengantuk pas makan nasi lemak pagi tadi, aku mengidam untuk melucahkan seekor kura-kura..dengan cara membogel kan dia..sebab aku nak tengok bentuk rupa badan dia yang sebenarnye..ramping ke buncit kea tau pape jelah bentuk badannya..tapi kalau nak fantasi tu jadi reality, aku kena tanggalkan shell dia itu tanpa kerelaan dia..( macam perogol plak )..


Tapi masalah nya, kalau aku nak bogelkan dia, aku kesian plak tgk muka dia yg berkedut tu, sayu plak hati..tapi kalau aku x buat terlepas lah peluang aku untuk mencapai impian untuk tengok bentuk badan dia..so skang secara sopan santun nye, aku dah tersepit di antara dua emosi aku..dan kalau dua-dua emosi ni bertembung dengan hebatnya, boleh menyebabkan system badan aku hilang kawalan, lalu sedikit ledakan berbau “harum” boleh tercipta..sorry melalut pulak aku..


Tetiba ketintong-an kepala otak aku ni terhenti, dan mula lah akal pendekar aku bersilat.. “dalam fantasi pun aku kena wat pilihan ke, sepatutnya semua ikut kehendak aku”..pastu bila pikir elok2, baru aku perasan memang setiap orang akan di beri pilihan dalam hidup.. tapi, kita mesti ingat, setiap pilihan punya kesan dan akibat yang berbeza..jadi kenalah pilih betul2..bahaya..


Masalah aku..

Aku ada satu tanggungjawab but then aku x mampu nak laksanakan dengan cemerlang..tapi aku boleh untuk jadi cemerlang dengan syarat aku kena mintak bantuan denagn mereka di sekeliling..tapi kadar untuk ego aku meresap keluar dari badan aku umpama perjalanan seekor siput babi dari kualu lumpur ke kuantan, menyebabkan aku jadi egolah, sebab ego x sempat nak keluar dari badan aku..sebab memang fitrah siput babi jalan sopan ( bukan lembab k ), maka otak aku terpaksa kena pusing2 mcm globe kena pusing dengan budak lelaki belum sunat untuk cari jalan penyelesaian lain selain dari mintak tolong orang..otak pusing2 sampai lah dia berhenti pada satu titik Greenwich ( kire dh dpt idea )..idea = aku kena korban kan duit untuk cari ilmu itu..yeayyy..skang aku ada 2 pilihan untuk cemerlang..


Dalam perjalan untuk cemerlang dalam tanggungjawab itu, aku terjumpe seorang sahabat dalam y.m, lalu kami chat bersama..dia bantu aku untuk betenang untuk capai puncak kejayaan itu..dia bagi banyak perumpaan, sampai senget sikit kpala aku..tapi pape pun, time kasih sebab bantu aku untuk melakukan sedikit analisi data bagi masalah serta pilihan yang ada di hadapan aku sekarang..dan di sebabkan dia jugak lah, tetiba ego aku meresap dengan kelajuan seperti pemuda di kejar babi hutan ( v pemuda = v babi hutan )..jadi aku wat pilihan aku nak tya orang sekeliling + beli ilmu itu..aku pilih dua2 sebab aku x tau yang mana terbaik untuk aku..hehehe..


so, Ego dh xdek tapi ada tinggal sikit footprint dia kat hati aku..tapi ego dalam diri aku ni, mengamal kan pembiakan secara belahan dedua, sekejap je dia xdek, sekejap lagi wujud balik lah tu..

*jgn pikir untuk diri sahaja, pikir juga tentang insan lain..kalau kita mahu di hormati kelak..
* kdg2 cuba lah sedaya upaya rendah kan ego, sbb ego adalah penghalang kejayaan dan kebahagiaan..

AkU MuSuH aKu

Bila aku mula rasa aku dah temui masa untuk memusuhi diri aku sendiri, aku akan cepat2 bina sebuah “ country” aku sendiri.. bukan sebab aku gilakan kuasa untuk ada Negara sendiri dan bukan jugak sebab aku terlalu inginkan kebebasan ( walaupun ada sedikit )..tetapi negara yang aku bina tu adalah bersebab ; aku nak bagi diri aku ruang dan waktu, untuk aku duduk bersendirian mendamaikan dua pihak dalam diri aku ni yang sedang memusuhi diri mereka masing2..


Bila aku masuk dalam Negara yang aku cipta sendiri, aku mampu untuk menjerit, aku mampu untuk bertarung, tapi hanya aku yang mampu melihat dan hanya aku yang mampu merasai nya..aku suka duduk di sini seketika, kerana di sini hanya ada aku..dan kau yang di luar itu, kau tidak mampu melihat telus dari kelopak mata kau, kau hanya mampu melihat jika kau betul2 memahi dan menjiwai duduk berdiri “country” ku itu..


Dan kemudian jika kau mula tak dapat memahami dunia aku, kau mula bisa menyusun atur pelbagai andaian, kau cakap Negara ku Negara yang lemah, kau cakap negaraku Negara yang angkuh dan bongkak, kau kata lagi Negara ku suka duduk dalam kebisuan, tapi pernah ke kau menapak dalam Negara ku, pernah kah kau junjung langit negaraku..kau pernah?..kalau tak pernah..baik kau DIAM!!..jangan kau hanya melihat permukaan bergelora laut itu, lihatlah sehingga kau tembusi ke dasarnya, baru kau tahu apa itu laut..

Tapi kau x salah, aku terlalu beremosi..emosi begitu mudah menguasai diri ku jika aku ada di sini..aku kurung diri aku di sini sebab aku takut ada hati2 yang bisa rabak jika aku masih di luar sana..jadi biarkan aku seketika tanpa kamu semua..kerana untuk ketika ini. Aku hanya bisa merabak kan hati ku sendiri..kerana dia musuh ku..aku tak mahu kau jadi musuhku..betul aku jujur..

Inilah cara ku..(untuk teman2 : maaf ya kalau korg pernah terkena situasi macam ni dgn aku

1 minute post

B.U.S.Y
D.I.Z.Z.Y
C.R.A.Z.Y
three words describe my situation at this moment
hope i can run from those three words as soon as possible
but i am very sure, these words will always try very hard
to linger around in my life..
go to h**l you st**i* three word..

kisah gagak : aku mempositifkan kenegativean



assalamualaikum..

Semalam, on the way nak balik rumah dari office kat kota kemuning tu, ada seekor burung gagak yang hitam jalan ala2 model pakai heels menyeberang jalan..dalam hati ( kurang ajar ko gagak, ko tengah kutuk aku bawak kereta perlahan ke ).. dalam hati juga telah aku menyumpah gila gaya gagak tu..yelah kan, dia dah lah ada sayap, boleh je nak terbang lintas jalan tu, tapi kenapa lah dia amik keputusan yang lebih meng risiko kan diri dia untuk di lenyek oleh tayar kereta aku..

Tapi mungkin aku rasa gagak tu xnak membiasakan kan diri dia dengan gaya hidup senang, bak kata orang kalau kita sudah mampu terbang di awangan jangan di lupa bumi yang di pijak dahulu..bagus jugak gagak ni sebenarnya, sebab boleh tunjuk teladan yang baik untuk manusia zaman sekarang ni..yelah orang sekarang, pantang ada kuasa, pantang ada harta, dah mula hidung tinggi meggunung..sembelit betul aku tengok orang2 macam ni..dah mula xnak ingat asal usul diri..

Tapi aku rasa, mungkin jugak gagak tu saja nak test power dia, ala kira-kiranye dia nak try sejauh mana dia mampu handle pergerakan dia di waktu kecemasan..ye lah kat atas langit tu kalau tengok macam terlalu selamat dan tidak begitu mencabar untuk dia melakukan lebih banyak gerakan Brownian..kalau asyik main kat tempat selamat je, mana hidup nak maju kan si gagak..kena berani amik risiko lah kan..see, i told you, this crow can be a very good role model to us..

Kalau tgk si gagak ni dan berfikir sejenak dengan teliti, perasaan meluat mula-mula tengok dia buat runaway depan kereta aku tu boleh bertukar menjadi perasaan bangga pulak dengan sikap nye..ye lah, aku xbley lawan sikap dia yang xriak tu..aku rasa aku bila suatu masa nanti, bila sudah ada kuasa, sudah ada harta, pasti akan timbul gak perasaan riak tu kan..tapi si gagak ni memang hebat lah..dah mampu terbang di atas, tapi dia masih rindukan jalanan nya di bumi..hmmm, tapi mungkin dia turun atas tanah nak cari makanan kot..

lagi satu, aku terlalu penakut untuk di bandingkan dengan gagak tu..sebab aku x berani nak buat runaway masa melintas jalan..kalau aku, sedaya upaya aku lari laju2 kalau nak lintas jalan..hahaha..dalam perspektif lain, aku takut untuk mencabar diri aku untuk melakukan sesuatu..aku malu, aku x yakin pada diri, dan itu lah masalah utama aku..lepas tu, aku suka melakukan kerja secara tidak bersungguh-sungguh..kadang2 rasa benci nya nak jadi diri sendiri..walaupun begitu, aku xnak jadi gagak sebab gagak ***am

tapi masalahnya, gagak tu tetap kelihatan begitu yakin dengan dirinya walaupun warna dia ***am aje..(kepada pembaca yang berkulit agak redup, saya tidak berniat menyamakan anda dengan gagak, sila berfikiran positif, hitam itu sexy)..ye lah dia masih mengekal kan irama langkahan kakinya walaupun kereta cute aku ni sekaki je lagi nk pecah kan ginjal dia..tiada unsur perasaan takut pun tergambar di paras muka nya itu..gagak ni hebat, dia cakap dengan aku “confident toward urself must be peak if u want to create a history in future”..tapi aku masih lagi flat keyakinan nya wahai si gagak..hahaha..

terima kasih gagak bagi aku some lesson dengan gaya catwalk ko tu..

*don’t judge whole thing at the first sight..do analyze it first..
*try to be positive toward some stuff that can bring/hold you down when you take it as negative issue.
*learn and always learn because only the knowledge can bring us to the top of the world
*learn our voice within, because we need to trust our own self..we must confident with ourself..because only we know the best for out self..

BeRaKhiR SeBuAh PeRjUaNgAn

In’nalillahiwa’inna ilaihi rojiun”.
Ucapan takziah saya ucapkan pada keluarga encik fajar di atas pemergian adik amir yusuf..secara jujurnya..saya telah mengikuti kisah adik amir yusuf ini lebih kurang 5 bulan yang lalu..hati ini cukup sayu melihat perjuangan adik amir yusuf melawan virus penyakit nya. Dia terlalu muda untuk menempuh dugaan ini..sepanjang perjalanan perjuangan adik amir yusof, kesabaran yang ditunjukkan oleh encik fajar dan keluarga begitu indah sehinggakan saya rasa saya hanya sebuah jasad yang tiada warna-warninya, yang ada hanya kelamnya..

setiap kali membaca apa yang di karang oleh hati seorang bapa ( encik fajar ) di laman blog nya..titis-titis jernih air hangat pasti membasahi pipi ini..seperti di dalam igauan apabila membaca post encik fajar bertajuk “ untuk terakhir kali”..kelopak mata ini dilindungi oleh air hangat itu lagi, maka terkabur sudah penglihatan untuk membaca the rest of the post..sudah acap kali, monitor screen computer ini menjadi saksi betapa murahnya titisan air mata ini apabila membaca blog encik fajar..

kalau di imbas kembali, dapat dilihat adik amir yusof begitu bersemangat dan berusaha di medan perjuangan nya, namun sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kita berdoa, andai itu ketetapan yang Esa, kita perlu redha..tentu ada sesuatu yang baik dijanjikan oleh-Nya kelak..Aminnn..

semoga roh nya di berkati oleh ALLAH..salam..

sesiapa yang ingin mengikuti kisah ini, di bawah ada saya link kan blog nya:
http://www.fajaril.net/blog

BiLa ITik HoDoH JaDiKaN AkU BuDaK JuJuR

Ini adalah satu perkara yang begitu malas untuk di hadapi..tertekan satu button kat kepala and then otak bertindak balas dengan berputar dengan pantasnya untuk mencari cakera nipis dalam simpanan minda aku ni yang bertema tentang memori-memori masa dahulu kala..kalau dia stat buat pusingan tu, memang dia tak kan berhenti walau mulut aku menjerit mengeluarkan suara Jaclyn victor atau jamal abdillah sekalipun

Memori terpilih hari ini;

Pergi beraya rumah pak cik aku ( masa aku sekolah rendah dulu ) dan pada ketika itu ada cerita cartoon anak itik warna kuning2 ramai2 tapi ada terselit seekor anak itik yang hodoh ( sebab warna dia hitam ) tapi muka dia aku tengok sama je macam anak-anak itik yang lain..tapi masalah nya, walaupun dia hodoh, dia jadi watak utama..kalau aku jadi anak itik hitam tu, aku x kisah orang nak ejek aku, janji aku glamour..hahahaha..

dia tidak hodoh sangat

Tapi dalam cite ni, itik hodoh tu tidak and tak kan bersifat macam aku yang senget ni..itik hodoh ni baik gila..ala sebab bukan dia nk jadi macam tu, pengarah cite tu yang bersalah jadi kan dia berjiwa mulia..sebab tu dia asyik kena buli..last2 macam biasalah kan hepi ending..semua org dapat terima dia..bonget je..buat lah macam itik hodoh tu bangkit membangunkan hak dia ke dengan membuat rusuhan ke kan..baru best..( pastu cite cartoon ni jd 18 SG )..

Tapi ada satu point menarik yang aku dapat dari cerita ni..
Indahkah kejayaan/kebahagiaan orang lain pada lensa mata kita
Itik hodoh tu tak pernah macam nak tunjukkan perasaan cemburu dia terhadap anak itik lain yang berjaya dan bahagia..dia redha aja..baguskan..tapi itu itik, tapi kalau manusia..melalui apa yang aku lalui, kadang2 agak pahit untuk tengok kawan2 yang rapat atau yang ada hubungan dengan kita melangkah setapak ke hadapan dan sedangkan kita masih di lopak air yang sama ( lopak air ; macam tempat tinggal hipo plak )..

Secara jujur ; aku bukan seorang yang boleh hidup selesa bila tengok orang lain maju sedang kan aku masih static atau mengundur ke belakang..aku pernah borak2 dgn hati aku cakap jangan simpan hasad dengki, tapi boleh pulak dia marah aku balik ckp aku yang x jaga dia elok2..ishk masalah betul la..so, memang aku akan rasa cemburu sangat, tapi aku x pernah nak expose kan pun..tp kdg2 rasa kalau lah aku ada kuasa, nak aje aku penyek2 kepala orang yang memintas aku..hahaha..biar jadi macam ayam penyek kat satu restoren kat sunway tu..

Hmmm, tapi aku akan sentiasa berusaha mengikis masalah aku ni..hahaha..tapi kalau ada kawan2 ku yang membaca blog ini, jangan takut, aku tidak akan mampu membunuh korang..hahaha..payah nye bila aku jadi jujur, tapi lagi payah untuk menjadi seorang yang hipokrit..

*kalau tak nak orang lain atas dari korang, berusaha lah bersungguh-sungguh..jgn jd mcm aku ni..suka mengharap bulan jatuh ke riba..
*indahkan lah hati supaya tidak menjadi busuk dan tidak suka melawan kehendak tuannya..senang je nk ada hati suci ni, buat perkara yang di perintah oleh ALLAH dan tinggal kan larang-Nya
*jgn jadi hipokrit pada diri dan orang di sekeliling anda, kerana hipokrit mampu membawa luka yang lagi dlm daripada kecewa dalam percintaan ( mcm lah aku penah bercinta )

MuSuH ItU MeMbUnUhKu..


Assalamualaikum..


Fuyyooo..ari ni aku rajin gile dekat office..online kejap je pastu terus wat kerja..bukan nk kutuk diri sendiri tp mmg kenyataan, aku ni suka sangat kerja “stole bone”..hahaha..sbb aku slalu wat kerja sambil Y.M..xdek niat nk buat macam tu sbenarnya tp terpaksa, kadang-kadang rasa macam bosan gile.. mana lah larat kepala otak plus kornea mata aku ni nak duduk depan monitor untuk siap kan kerja dari pagi sampai petang kan..jadi sedikit hiburan di perlukan..hahaha..

Ari ni aku dapat task baru dari supervisor aku..another drawing tapi kali ni kena guna solidwork..pas tahu task tu kena guna solidwork aku terus menjadi seperti sekeping biskut Jacobs yang di masuki angin plus kena cicah dgn air teh tarik panas ayah aku..lemah longlai..BOSAN!!!!..solidwork kau adalah seekor item yang xbernyawa tapi ko masih boleh menjadi musuh aku..berani kau menyusahkan aku..cisss...

Di sebabkan solidwork ni, aku terpaksa mintak maaf kat kepala otak and kornea mata aku sbb Nampak gaya nya mereka tidak akan ada rehat sampai sume kerja aku siap..ni dekat bawah ni, antara design yang aku buat berpandukan tutorial yang di sediakan..cantik kan..klu aku buat sendiri xtahu lah lama mana baru siap..hehehe..tp ini bukan drawing yang aku kena lukis..ini hanya sekadar warming up utk kornea dan otak aku aje..



lagi satu gambar corrupted..hehehe

*pasni, kene disiplin kan diri supaya x jadi seorang yang pemalas..kalau tidak...........

semua salah "malas"

List perkara serius yg dah tertunggak untuk di laksanakan :

Hantar kereta ke “hospital”.

Kalau baca post before this, sudah tentu akan tahu kenapa kereta aku kena dan patut di hantar kat ‘hospital” kan. Sabtu lepas aku sudah bawak dia pi hospital tapi “doctor” tu cakap ubat dia ( rim tyre + cap tyre ) sampai dalam masa 3 hari dari hari ianya di tempah..so, maksudye ubat kereta aku sampai hari ni..tapi, aku rasa mcm malas pulak nk jumpe supervisor and mintak cuti. Jadi aku dengan sesuka hati telah mengpostpone untuk bagi ubat pada kereta aku ke hari sabtu ni..sabar ye my CLV..tuan ko ni memang kurang bertamadun sikit..

Mengdepositkan cek warna kuning

Ini satu benda yang nipis tapi bila kita usaha sikit boleh jadi benda tebal..tapi aku gile malas nk berusaha masalahnya..oleh itu dia masih lagi menjadi benda yang nipis seperti dulu..aduhai, sudah 2 helai cek aku belum deposit kan ke dalam akaun bank ku..x tahu bila nk datang kerajinan untuk menapak kan kaki ke bank berhampiran. Klu di total kan, hmmm hebat jugak nilai nye kan..cukup hebat lah untuk seorang trainee seperti aku..

E-industrial!!, berapa kali nk suruh aku bagi salam ni..bukak pintu!!

Satu lagi masalah yang besar, besar tahap gaban. Aku xsempat nk daftar latihan industry aku kat e-industrial pye portal..lama gila aku tunggu untuk dia bukak balik sesi pendaftaran..pastu minggu lepas e-industri al dah membuka kembali sesi pendaftaran, tapi bukan untuk aku, tapi untuk bebudak yang akan membuat latihan industry pada semester khas akan datang..huahahahahha..ini lah dia akibat kalau selalu online tapi malas nak bukak laman web rasmi university sendiri..last2 terlepas semua benda yang penting..hahaha..e-industrial tolong lah bukak pintu ko, supaya aku dapat masuk untuk mendaftar..