AkU MuSuH aKu

Bila aku mula rasa aku dah temui masa untuk memusuhi diri aku sendiri, aku akan cepat2 bina sebuah “ country” aku sendiri.. bukan sebab aku gilakan kuasa untuk ada Negara sendiri dan bukan jugak sebab aku terlalu inginkan kebebasan ( walaupun ada sedikit )..tetapi negara yang aku bina tu adalah bersebab ; aku nak bagi diri aku ruang dan waktu, untuk aku duduk bersendirian mendamaikan dua pihak dalam diri aku ni yang sedang memusuhi diri mereka masing2..


Bila aku masuk dalam Negara yang aku cipta sendiri, aku mampu untuk menjerit, aku mampu untuk bertarung, tapi hanya aku yang mampu melihat dan hanya aku yang mampu merasai nya..aku suka duduk di sini seketika, kerana di sini hanya ada aku..dan kau yang di luar itu, kau tidak mampu melihat telus dari kelopak mata kau, kau hanya mampu melihat jika kau betul2 memahi dan menjiwai duduk berdiri “country” ku itu..


Dan kemudian jika kau mula tak dapat memahami dunia aku, kau mula bisa menyusun atur pelbagai andaian, kau cakap Negara ku Negara yang lemah, kau cakap negaraku Negara yang angkuh dan bongkak, kau kata lagi Negara ku suka duduk dalam kebisuan, tapi pernah ke kau menapak dalam Negara ku, pernah kah kau junjung langit negaraku..kau pernah?..kalau tak pernah..baik kau DIAM!!..jangan kau hanya melihat permukaan bergelora laut itu, lihatlah sehingga kau tembusi ke dasarnya, baru kau tahu apa itu laut..

Tapi kau x salah, aku terlalu beremosi..emosi begitu mudah menguasai diri ku jika aku ada di sini..aku kurung diri aku di sini sebab aku takut ada hati2 yang bisa rabak jika aku masih di luar sana..jadi biarkan aku seketika tanpa kamu semua..kerana untuk ketika ini. Aku hanya bisa merabak kan hati ku sendiri..kerana dia musuh ku..aku tak mahu kau jadi musuhku..betul aku jujur..

Inilah cara ku..(untuk teman2 : maaf ya kalau korg pernah terkena situasi macam ni dgn aku

4 comments:



Bintang said...

betul.

diri sendiri adalah musuh paling kuat sekali.

lawan selagi kau mampu.

memang kita perlukan ruang untuk bersendiri.

untuk melawan musuh terkuat itu.

tapi adakah kita juga tahu.

manusia tercipta perasaan ingin tahu.

ambil berat.

mereka memang akan terus bercakap.

kerna tidakkan ada manusia mahu menyelam ke dasar laut.

jika sang jerung menjaga dengan hati-hati.

ATIE said...

perghhhhh.... dlm ceria2 ko ni, ade msalah terpendam gak...

be strong bro!!lalalala~

ezudyne said...

bintang
terima kasih komen..tp bintang mungkin ada certain prob yang kita x sedia untuk di kongsi kan..hmmmm..

teratai bunga indah
nak macam mana kan, memang kita xbley lari dari prob..just kdg2 cara kita tunjukkan mcm kita xdek prob tp sbenar nye..siapalah yang tahu kecuali diri kita kan..

ATIE said...

chaiyok din....!