AkU, PaK GuArD & KeRoPoK

Semalam, aku pecut laju-laju CLV ( cute litte viva ) aku ni menyusuri NPE..ye lah aku nak cepat sampai kat pantai dalam sebab ari rabu ada pasar malam..aku mahu beli itu chicken wing yang lazat hingga tak terkata..rasanya, kalau dh makan tu rasa mcm sayang pulak nak buang air besar..tapi ari semalam aku pulang bukan hanya dengan chicken wing, namun turut terselit beberapa makanan yang lain..diantaranya sup ekor (my fav), keropok (my fav), buah pear, daging bakar (1st time try), and 2 nasi putih..


Sebab takut terlepas maghrib, aku pun terus lah balik rumah..sesampai aku kat guard house, aku park kereta untuk wat weekly registration, n then aku tengok muka pak guard tu dah macam katak yang pinggang berkedut dia kene lenyek dengan tayar kereta..dalam hati aku cakap dia penat sgt kot..pastu aku bertindak luar kawalan dengan membuka mulut dan bertanya, “pak cik nak keropok”..dalam hati dah berbelah bagi..syaitan dalam hati aku ckp aku bengong..angel dalam hati aku cakap bagus2 kau memang mempunyai hati yang besar..


Lalu aku hulurkan kan plastic bag yang berisi keropok..aku just nak suruh dia ambil beberapa ketul je..tapi pak cik dgn perasaan merendah diri ambil dengan plastic-plastik sekali.. “hei pak cik saya bukan nak bagi semua, xmalu lah pak cik ni”..aku berkata di dalam hati..tanpa menoleh rupa paras keropok itu, aku terus mencompletekan registration form itu, aku takut kalau aku Nampak body keropok yang menggoda itu lagi, aku bisa menggigit ginjal pak cik itu..jd sedaya upaya aku larikan bijik mata aku ini dari terpandang plastic merah yang di dalam nya ada keropok itu..


Kemudian, aku memboloskan badan aku yang bentuk dia mcm cekodok ikan bilis mak aku ni ke dalam kereta CLV ku, dan dengan segera aku tersedar, redhakan lah aje apa yang terjadi, lg pun keropok je, lalu aku dengan kekuatan suara perut ku yang x berapa puas hati dengan tindakan pak cik tadi mengikhlas kan juga hati aku yang keberatannya dah menyamai berat sebuah crane..lebih baik ikhlas kan sahaja, dapat pahala kan..lagi pun mungkin ada hikmah kan..aku pikir dgn makanan yang banyak ni, mungkin ada lauk yang x habis nnt..so, mungkin ALLAH nak elakkan aku dari membazir..maka situasi itu pun berlaku..


Lagipun dah lama aku x wat amal jariah, kalau pi masjid masa sembahyang jumaat pun dh lama aku x sedekah kan duit..hmmm, jadi aku x nak lah marah pak cik tu lagi, tapi aku nak ucap terima kasih lah kat dia, ada gak peluang aku wat sedekah-sedekah..tapi boleh ke aku taip aku sedekah keropok kat pak cik tu..nanti mesti sape2 baca blog ni cakap aku riak..sedekah keropok pun nak kecoh..hahahaha..aku dh sedekah, subur sikit dah rezeki aku..korang bila lagi..hahaha..


*sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya
*lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan, nanti pasti ada sesuatu yang baik untuk kita di masa hadapan
*amalkan amalan sedekah, kerana ia mampu menolong golongan yang kurang bernasib baik..tapi jangan pula riak..atau mempunyai niat yang buruk di sebaliknya..

7 comments:



ATIE said...

tahniah din berjaya menyedekahkan keropok fav ko tu.. xdela nt ko makin bulat cm cekodok bilik yg mak ko buat tu..hee

satu H empat N said...

tahniah gak din...
*clap2*
tp ni yg aku nk hangin ni...
ko tak linkkan blog aku kt sini...
ish2......
cmni ar...
=P

ezudyne said...

-teratai bunga indah-
tulah pasal..dah lah dapat pahala ( kalu betu2 lah) pastu dpt kurangkn kegemukan plak tu kan..mmg penuh hikmah lah

-miss hanan-
sorry x perasan pulak..tp sy dh link kan sudah..jgn marah..teruskan bekarya..hukhuk

satu H empat N said...

huhu....tak marah.....

renjizakura said...

"chicken wing, sup ekor, keropok, buah pear, daging bakar, and 2 nasi putih."-eh ko mkn ke melantak ni?ni mengalahkan orng berbuka pose ni. mkn sorng smpi 2 nasi putih.lauk smpi 5 6.ke ko bela jin kat perut ko?hahaha
tp xpe.klu bab makan mest aku cari ko dulu in 1st place.best dpt kawan yng suke makan ni.

ezudyne said...

-miss hannan-
bagus kalau slalu marah nnt cpt tua..

-renjizakura-
oit itu utk makan dua org dgn abg aku lah..bonget tul ko..hahaha..mmg ko tu, klu nk mkn je ajak aku, mmg menggalakkan aku utk gemuk..hahaha

Dot3 said...

lepas je aku bce entry ni terase nak ajak ko kluar mkn lg =P
jom g sushi king plak...huhu