Ini adalah satu perkara yang begitu malas untuk di hadapi..tertekan satu button kat kepala and then otak bertindak balas dengan berputar dengan pantasnya untuk mencari cakera nipis dalam simpanan minda aku ni yang bertema tentang memori-memori masa dahulu kala..kalau dia stat buat pusingan tu, memang dia tak kan berhenti walau mulut aku menjerit mengeluarkan suara Jaclyn victor atau jamal abdillah sekalipun
Memori terpilih hari ini;
Pergi beraya rumah pak cik aku ( masa aku sekolah rendah dulu ) dan pada ketika itu ada cerita cartoon anak itik warna kuning2 ramai2 tapi ada terselit seekor anak itik yang hodoh ( sebab warna dia hitam ) tapi muka dia aku tengok sama je macam anak-anak itik yang lain..tapi masalah nya, walaupun dia hodoh, dia jadi watak utama..kalau aku jadi anak itik hitam tu, aku x kisah orang nak ejek aku, janji aku glamour..hahahaha..
dia tidak hodoh sangat
Tapi dalam cite ni, itik hodoh tu tidak and tak kan bersifat macam aku yang senget ni..itik hodoh ni baik gila..ala sebab bukan dia nk jadi macam tu, pengarah cite tu yang bersalah jadi kan dia berjiwa mulia..sebab tu dia asyik kena buli..last2 macam biasalah kan hepi ending..semua org dapat terima dia..bonget je..buat lah macam itik hodoh tu bangkit membangunkan hak dia ke dengan membuat rusuhan ke kan..baru best..( pastu cite cartoon ni jd 18 SG )..
Tapi ada satu point menarik yang aku dapat dari cerita ni..
Indahkah kejayaan/kebahagiaan orang lain pada lensa mata kita
Itik hodoh tu tak pernah macam nak tunjukkan perasaan cemburu dia terhadap anak itik lain yang berjaya dan bahagia..dia redha aja..baguskan..tapi itu itik, tapi kalau manusia..melalui apa yang aku lalui, kadang2 agak pahit untuk tengok kawan2 yang rapat atau yang ada hubungan dengan kita melangkah setapak ke hadapan dan sedangkan kita masih di lopak air yang sama ( lopak air ; macam tempat tinggal hipo plak )..
Secara jujur ; aku bukan seorang yang boleh hidup selesa bila tengok orang lain maju sedang kan aku masih static atau mengundur ke belakang..aku pernah borak2 dgn hati aku cakap jangan simpan hasad dengki, tapi boleh pulak dia marah aku balik ckp aku yang x jaga dia elok2..ishk masalah betul la..so, memang aku akan rasa cemburu sangat, tapi aku x pernah nak expose kan pun..tp kdg2 rasa kalau lah aku ada kuasa, nak aje aku penyek2 kepala orang yang memintas aku..hahaha..biar jadi macam ayam penyek kat satu restoren kat sunway tu..
Hmmm, tapi aku akan sentiasa berusaha mengikis masalah aku ni..hahaha..tapi kalau ada kawan2 ku yang membaca blog ini, jangan takut, aku tidak akan mampu membunuh korang..hahaha..payah nye bila aku jadi jujur, tapi lagi payah untuk menjadi seorang yang hipokrit..
*kalau tak nak orang lain atas dari korang, berusaha lah bersungguh-sungguh..jgn jd mcm aku ni..suka mengharap bulan jatuh ke riba..
*indahkan lah hati supaya tidak menjadi busuk dan tidak suka melawan kehendak tuannya..senang je nk ada hati suci ni, buat perkara yang di perintah oleh ALLAH dan tinggal kan larang-Nya
*jgn jadi hipokrit pada diri dan orang di sekeliling anda, kerana hipokrit mampu membawa luka yang lagi dlm daripada kecewa dalam percintaan ( mcm lah aku penah bercinta )
6 comments:
wah2...sungguh mulia nasihat2 dari cik izzudin ya...semoga terkabul semua kata-kata itu ya..ahakss=p
aku rasa blog ko leh buat aku hilnag tensen.. haha.. kelaka..
-Tim-
wah terima kasih..semoga kita bersama-sama berusaha ke arah kejayan bersama-sama ye
-teratai bunga indah-
oh ye ke..i take as a very gud compliment..rasa sejuk hati aku..hehehe..
aah la din....
blog ko mmg bleyh wat ilang tensen gak....
teruskan wat blog yg bleyh ilang tensen org..he3
-miss hannan-
terima kasih..x jemput dtg pi blog awk ke..
ha....sila lah berkunjung ke blog sye.
kne jemput gak ke?
aku dtg blog ko ni tak berjemput pun...pandai aku cari sendiri....
ha..meh2 dtg blog aku....aku da link da pun
Post a Comment